Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengemas kini data penduduk miskin di sekitar Tali Air 7, Sekinchan pada 19 Julai 2022. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS jejak 40 keluarga perlu bantuan di Sekinchan

SHAH ALAM, 21 JULAI: Sejumlah 40 keluarga miskin di Sekinchan berjaya dijejaki dan disantuni Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Selasa lalu.

Program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) dengan kerjasama penolong amil kariah Masjid Nurul Falah berjaya mengemas kini data keluarga yang tinggal di sekitar Tali Air 7, Sekinchan.

“Daripada 40 keluarga yang kami ziarah, seramai 18 daripadanya berjaya dikemas kini semula dan mendapat pertambahan bantuan iaitu bantuan kewangan bulanan menerusi kelayakan had kifayah semasa.

“Alhamdulillah, menerusi program ini lebih 80 keluarga telah dikemas kini sejak SJK ini dijalankan,” katanya menerusi Facebook.

LZS menambah program berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang.


Pengarang :