Barisan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menghadiri Kongres Wanita sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 15 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Wanita KEADILAN kenal pasti calon berkualiti tandingi PRU15

SHAH ALAM, 15 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sudah mengenal pasti calon wanita untuk diketengahkan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Wanitanya Fuziah Salleh berkata nama-nama tersebut akan diserah kepada kepemimpinan untuk dinilai sekali gus memenuhi kuota minimum 30 peratus.

“Kita berpegang kepada perlembagaan parti dengan minimum 30 peratus sebab kita tidak mahu sekadar mengisi kuota sebaliknya wanita itu perlu berkualiti.

“Kita punya latihan berterusan dan apabila diisi (dicalonkan), kita bersedia dan calonnya berkualiti,” katanya pada sidang media selepas perasmian Kongres Wanita sempena Kongres Nasional Keadilan ke-16 hari ini.

Kongres dihadiri 490 perwakilan itu dirasmikan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Kongres selama tiga hari bermula hari ini melibatkan kehadiran penuh, selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lalu akibat penularan Covid-19.

 


Pengarang :