AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir bagi daerah Petaling, Kuala Langat, Sepang hingga jam 6 petang

SHAH ALAM, 13 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir bagi daerah Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor hingga jam 6 petang ini.

Amaran sama turut membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor; Tambunan, Ranau, Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat di Sabah.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :