Pemandangan Stadium Shah Alam yang merupakan salah satu mercu di Selangor dirakamkan dari atas. Foto Wikipedia
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Mahu lihat stadium maju? Segera sampaikan maklum balas anda di sini

SHAH ALAM, 15 OGOS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menjalankan tinjauan umum berhubung rancangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam mulai hari ini.

Kajian secara dalam talian sehingga 31 Ogos bagi mendapatkan pandangan orang ramai berkenaan kompleks tersebut dan kawasan sekitarnya termasuk Stadium Shah Alam.

MBI ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menyasar sebanyak mungkin penyertaan penduduk Selangor atau sekurang-kurangnya 400 individu terbabit dalam kajian itu.

“Hasil dapatan nanti akan dikongsi bersama Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) supaya pemaju ini dapat mempertimbang dan memperinci segala pandangan relevan.

“Ini turut membantu MRCB dalam mengemukakan keputusan penelitian mereka kepada Kerajaan Negeri,” kata pemerbadanan itu kepada Selangorkini.

Orang ramai yang mahu menyertai kajian berkenaan boleh menjawab soalan berkaitan di pautan https://bit.ly/3dnzyQ5.

Pada 15 Julai, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan rancangan baik pulih Kompleks Sukan Shah Alam membabitkan kos RM787 juta.

Bagaimanapu, beliau menegaskan tiada dana awam digunakan bagi projek yang dijadual bermula awal tahun depan berikutan pelaksanaannya bersifat perkongsian awam-swasta.


Pengarang :