Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Parlimen hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Belanjawan 2023: Kebhinekaan, serangan purbasangka, antara perkataan disebut PM

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 24 FEB: Serangan purbasangka, kebhinekaan antara perkataan unik disebut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus menarik perhatian sidang dewan ketika membentangkan Belanjawan 2023 sebentar tadi.

Anwar menggunakan perkataan ‘serangan purbasangka’ ketika membahaskan tindak balas kerajaan terhadap insiden pembakaran kitab suci al-Quran di Sweden.

“Kita akan mencetak sebanyak sejuta naskhah al-Quran sebagai simbolik penuh hikmah dan matang bagi menjawab serangan purbasangka terhadap Islam seperti kejadian pembakaran kitab suci al-Quran di Sweden, baru-baru ini.”

Kebhinekaan yang bermaksud kepelbagaian pula disebut Anwar ketika membahaskan mengenai sukan dan budaya.

“Selain dalam bentuk pertandingan, ia juga satu wahana yang ampuh dalam menyemarak kebhinekaan dalam kalangan rakyat yang rencam kaum dan agama.”

Selain itu, beberapa perkataan lain yang diguna dalam ucapannya termasuklah kegalauan (kerisauan), ketimbang (berbanding), kendatipun (meskipun), tatanan (sistem), tantangan (cabaran), mahakaya (maha kuasa), noja, marbut (petugas masjid), rencam (campur) dan manusiawi (bersifat manusia).


Pengarang :