Pasukan petugas kesihatan menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma kepada penduduk Hulu Langat pada 12 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Contohi Selangor, Putrajaya perkenal skim perubatan kepada golongan miskin

SHAH ALAM, 24 FEB: Skim Perubatan Madani khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta akan diperkenal, kata Perdana Menteri.

Mencontohi inisiatif yang dilaksana Kerajaan Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebanyak RM120 juta diperuntukkan untuk tujuan tersebut bagi mengurangkan kesesakan kemudahan kesihatan kerajaan.

“Kapasiti kesihatan negara akan dioptimum dengan menyumber luar pesakit dari hospital sesak kepada hospital lain termasuk hospital universiti, hospital tentera dan kepada hospital swasta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan hampir RM700 juta diperuntuk untuk membina blok wanita dan kanak-kanak dengan kapasiti 476 katil bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Melaka.

“Kerajaan juga akan memulakan kerja awalan untuk menaik taraf sebanyak 26 buah hospital termasuk pembesaran Hospital Kuala Kangsar, Perak; Jelebu, Negeri Sembilan dan Hospital Pontian, Johor yang berusia hampir seabad,” katanya.


Pengarang :