Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat menyantuni pesakit dan warga emas menerusi Jelajah Kebajikan DUN Rawang. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNSELANGOR

DUN Rawang laksana jelajah kebajikan, bantu warga emas, pesakit memerlukan

SHAH ALAM, 3 FEB: Seramai 25 individu kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang dibantu menerusi program Jelajah Kebajikan Rawang.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata program yang bermula sejak awal tahun itu bertujuan menyantuni golongan warga emas dan pesakit yang tidak berdaya.

“Setakat ini kita memperuntukkan RM3,000 bagi membeli barangan keperluan mereka antaranya lampin pakai buang, susu formula dan ubat-ubatan.

Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat menyantuni pesakit dan warga emas menerusi Jelajah Kebajikan DUN Rawang. Foto Facebook Chua Wei Kiat

“Kita harap pemberian ini meringankan beban mereka dan kita juga akan meneruskan lagi jelajah kebajikan ini setiap bulan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, program itu turut mendapat kerjasama pasukan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) yang turut membantu membuat pemeriksaan kesihatan penerima.

Mengulas kriteria penerima, Wei Kiat berkata pihaknya akan meneliti individu yang berkelayakan antaranya mereka adalah golongan kurang mampu, pesakit kronik dan warga emas.


Pengarang :