Orang awam memilih baju raya di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 18 Mei 2020 sebagai persediaan menyambut Aidilfitri minggu depan. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Festival Ramadan Selangor buka 500 rerurai, peluang peniaga kecil jana pendapatan

SHAH ALAM, 3 FEB: Festival Ramadan Selangor (Festira) tahun ini dijangka menerima sambutan meriah berikutan tiada lagi tatacara operasi piawai (SOP) yang perlu dipatuhi bagi mencegah perebakan Covid-19.

Ketua pegawai eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) berkata sebanyak 500 rerurai ditawarkan dan pihaknya sudah membuka tempahan tapak sejak awal tahun ini kepada peniaga sedia ada.

Menurut Fakru Radzi Ab Ghani, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan baki jualan tapak akan dibuka kepada peniaga luar bermula bulan ini.

“Setakat ini kita terima sambutan yang amat baik daripada peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan. Kita juga belum memutuskan sama ada akan menambah kawasan jualan atau pun tidak.

“Semua ini bergantung kepada sambutan pengunjung pada program Jelajah Agrotourism di pusat beli-belah SACC Mall hujung minggu ini,” katanya kepada Selangorkini hari ini.

Beliau menjelaskan kadar sewaan masih sama dan cabutan undi akan dilaksanakan kepada peniaga bagi menentukan lokasi tapak perniagaan masing-masing.

“Festival ini antara lain bertujuan menyokong agenda Kerajaan Negeri dalam usaha membantu peniaga kecil menjana pendapatan,” katanya.


Pengarang :