Setiausaha Mais Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar menyampaikan cek cura sumbangan mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr Haji Na’im Mokhtar pada Majlis Iftar Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur pada 7 April 2023. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais, Jais, Jakess hulur sumbangan RM261,500 kepada mangsa gempa bumi

SHAH ALAM, 9 APRIL: Sebanyak RM261,500 peruntukan kemanusiaan dihulurkan bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria, maklum Majlis Agama Islan Selangor (Mais).

Sumbangan tersebut meliputi peruntukan Baitulmal Mais berjumlah RM98,000, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melalui Sumbangan Tabung Infak Jariah Umat Islam (RM161,500) dan selebihnya oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (Jakees).

“Ia merupakan sumbangan musaadah kepada mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

“Penyerahan cek cura Mais disampaikan Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar kepada Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar dalam majlis iftar bersama menteri.

“Manakala cek cura Jais disampaikan oleh Pengarahnya Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad merangkap Pengerusi Tijari,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menurut Mais, sumbangan itu sebagai tanda solidariti di antara negara-negara Islam bagi membantu serta meringankan beban mangsa gempa bumi dan bencana di Turkiye dan Syria.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad menyampaikan cek cura sumbangan mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr Haji Na’im Mokhtar pada Majlis Iftar Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur pada 7 April 2023. Foto Facebook Mais

Pengarang :