Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir pada 7 April 2023. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSISELANGOR

Mais sumbang RM100,000 kepada jabatan mufti, jabatan pendakwaan syariah Selangor

SHAH ALAM, 7 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang RM100,000 kepada Jabatan Mufti dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri hari ini.

Agensi itu memaklumkan sumbangan menerusi Baitulmal memperuntukkan RM50,000 kepada setiap jabatan bagi melancarkan operasi, penganjuran program dan aktiviti pengimarahan Islam.

“Mais berharap sumbangan ini dapat membantu melancarkan lagi operasi dan pelaksanaan aktiviti agensi agama itu bagi memastikan perkhidmatan jabatan mufti dan jabatan pendakwaan syariah dapat dilaksanakan dengan lebih baik,” katanya di Facebook.

Majlis simbolik penyerahan sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar kepada Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir serta Ketua Pendakwa Syarie Zainor Rashid Hassin.


Pengarang :