PBTSELANGOR

MPK anjur pertandingan masak bubur lambuk, tawar hadiah lebih RM5,000

SHAH ALAM, 10 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan RM1,000 kepada johan pertandingan Jom Masak Bubur Lambuk MPK 2023 di Stadium Kota Raja, Klang, Sabtu ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pertandingan sempena sambutan Ramadan peringkat daerah Klang itu turut menawarkan RM700 kepada naib johan, tempat ketiga (RM500) dan 12 hadiah saguhati bernilai RM250.

“Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun yang lengkap vaksinasi dan penyertaan terhad kepada 15 pasukan terawal yang mendaftar.

“Tarikh tutup penyertaan 14 April dan akan ditutup jika pendaftaran penuh sebelum tarikh,” katanya menerusi Facebook.

Menurut MPK penyertaan adalah percuma dan sebarang maklumat lanjut hubungi Luqman Mat Nur (012 259 5851) atau Shahibul Radhi (013 235 2518).


Pengarang :