Timbalan Datuk Bandara Petaling Jaya Sharipah Marhani Syed Ali (tiga, kiri) merasmikan hiasan sambutan Aidilfitri dari bahan kitar semula selepas majlis perasmian Program Jalinan Kasih 3R PJKita bersempena Aidilfitri 2023 di PJ Eco Recycling Plaza, Petaling Jaya pada 14 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

PJ Eco Recycling Plaza kumpul hampir 49,000 kg barangan kitar semula, terpakai

PETALING JAYA, 14 APRIL: Sebanyak 48,930 kg barangan kitar semula dan terpakai berjaya dikumpul PJ Eco Recycling Plaza sejak tahun lalu hingga Mac.

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya berkata selain itu hasil jualan barangan terpakai di EcoShop plaza itu juga mencecah lebih RM25,000 bagi tempoh berkenaan.

“Hasil jualan ini telah dimasukkan ke tabung amanah 3R untuk digunakan semula untuk program komuniti Petaling Jaya.

“Inisiatif ini mengurangkan sisa sampah yang terjana daripada dibuang terus ke tapak pelupusan sampah oleh penduduk di Petaling Jaya yang menghasilkan kira-kira 600 tan sampah setiap hari,” kata TPr. Sharipah Marhaini Syed Ali.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jalinan Kasih 3R PJKita sempena Aidilfitri di PJ Eco Recycling Plaza di sini, semalam.

Terdapat 12 jenis barangan boleh dikitar semula atau terpakai diterima di PJ Eco Recycling Plaza termasuk alat permainan, majalah atau novel, alat tulis, pakaian terpakai, perabot dan barangan elektrik.

Terdahulu, sebanyak 11 keluarga menerima sumbangan barangan terpakai pada program Jalinan Kasih 3R PJKita berupa pakaian dan perabot

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya Sharipah Marhani Syed Ali (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan Program Jalinan Kasih 3R PJKita sempena Aidilfitri 2023 di PJ Eco Recycling Plaza, Petaling Jaya pada 14 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :