Bekas Mufti Besar Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah menyampaikan syarahan ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 Mei 2023 . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 1,000 hadirin sertai Festival Turath telaah kitab al-Ghazali

SHAH ALAM, 20 MEI: Lebih 1,000 peserta termasuk dari Indonesia menyertai majlis Daurah Afkar Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Syarahan sempena Festival Turath Islami Selangor turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Kupasan karya Ihya’ Ulumuddin itu dipimpin bekas Mufti Besar Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah dan diterjemah Ustaz Noorazam Bahador.

Berlangsung selama dua hari, terjemahan karya Imam al-Ghazali itu merumuskan 40 bab yang terdapat dalam kitab tersebut.

Bekas Mufti Besar Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah menyampaikan syarahan ketika Festival Turath Islami Selangor yang turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 Mei 2023 . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh qari cilik yang juga juara Musabaqah Tilawah al-Quran Mazamir Dawud peringkat antarbangsa 2022 di Algeria, Ahmad Azfar Azraie.

Festival Turath Islami Selangor dianjurkan Kerajaan Negeri bertujuan mengangkat perbincangan dan penghayatan tentang kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.

Festival kali pertama dianjurkan dalam bahasa Melayu merangkumi lapan acara termasuk Daurah Afkar Ihya Ulumuddin, seminar penghayatan Ihya Ulumuddin dan interaksi bersama pemegang taruh seperti pimpinan pendidikan.

Orang ramai mendengar Daurah Afkar Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali disampaikan oleh bekas Mufti Besar Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 Mei 2023 . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dengan kerjasama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), festival ini menyasarkan penyertaan 2,500 warga Selangor dan rakyat Malaysia.

Pendaftaran program boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari https://www.turathislamiselangor.com/

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri, bakal menterjemah 15 karya mulai tahun ini termasuk kitab Ihya Ulumuddin yang bakal diterbit dalam 20 siri dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Program utama dipancar secara langsung di Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.

Orang ramai mendengar Daurah Afkar Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali disampaikan oleh bekas Mufti Besar Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 Mei 2023 . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :