PBTSELANGOR

Lebih 30 peniaga sertai jualan but kereta di Stadium Kajang

Oleh Amirul Fazli

SHAH ALAM, 16 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menganjurkan program jualan but kereta di Medan Belia Stadium Kajang esok.

Lebih 30 peniaga terlibat dalam program itu yang akan menjual pelbagai barangan terpakai seperti aksesori serta barangan mainan.

“Selain jualan but kereta, persembahan busker turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.

“Program seperti ini bertujuan memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan,” kata kenyataan menerusi Facebook.

MPKj juga ingin menjadikan Medan Belia itu sebagai hub kepada golongan belia menjalankan pelbagai aktiviti seperti keusahawanan, kesenian, kebudayaan serta pelancongan makanan.

“Kita juga akan kumpulkan peniaga belia dalam satu tempat dan golongan ini akan menjual barangan mereka di dalam program seperti ini,” katanya.

Program kerjasama antara MPKj dan TF Studio itu bermula dari jam 6 petang hingga jam 2 pagi.


Pengarang :