AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Muat turun kad laporan prestasi, kejayaan negeri di amirudinshari.com

SHAH ALAM, 17 JULAI: Orang ramai boleh membaca serta memuat turun laporan pentadbiran Kerajaan Selangor sepanjang tempoh lima tahun menerusi pautan http://amirudinshari.com.

Dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 13 Julai, kad laporan pencapaian dan kejayaan Kerajaan Negeri memaparkan maklumat bermula 2018 hingga kini.

“Lima tahun Selangor makmur dan gemilang. Alhamdulillah, sukacita saya melancarkan Kad Laporan Pencapaian dan Kejayaan Kerajaan Selangor bermula 2018 hingga 2023.

“Rakyat Selangor, media dan semua masyarakat dijemput memuat turun laporan berkenaan pentadbiran negeri sepanjang lima tahun ini,” tulisnya di Twitter pada 13 Julai.

Laporan prestasi itu meliputi beberapa segmen antaranya ekonomi, kebajikan, sumbangan Selangor kepada Malaysia, menangani krisis kesihatan dan bencana serta sumbangan anak syarikat.

Untuk segmen ekonomi, paparan merangkumi sumbangan negeri kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, prestasi hasil dan belanjawan dari 2019 hingga 2023.

Turut terangkum ialah Iltizam Selangor Penyayang, usaha Selangor memerangi pandemik Covid-19, banjir besar pada Disember 2021 dan Rancangan Selangor Pertama (RS-1).


Pengarang :