Pengurus Besar Yide Nir Mohd Razali Abdullah (dua, kanan) menyerahkan jersi tajaan yayasan itu kepada salah satu rumah kebajikan yang akan menyertai Sukan Anak Yatim, sambil dan disaksikan ikon mahabbah Yide Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Foto Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan – YIDE
AGENSISELANGOR

Enam rumah kebajikan sertai Sukan Anak Yatim terima jersi tajaan Yide

SHAH ALAM, 16 OGOS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyerahkan jersi rasmi kepada enam rumah kebajikan sempena pertandingan Sukan Anak Yatim (Sukya) di Pulau Pinang mulai 26 Ogos.

Agensi tersebut memaklumkan serahan baru-baru ini melibatkan penghuni Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah dan Yayasan Anak-anak Yatim Wardatul Jannah.

Turut menerimanya atlet dari Pertubuhan Kebajikan Amal Al-Ummah, Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.

“Sukya merupakan acara dwitahunan anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia dan diadakan di Universiti Sains Malaysia hingga 2 September.

“Acara dipertandingkan antaranya olahraga, badminton, bola sepak dan bola tampar,” maklum yayasan itu di Facebook.

Serahan kepada wakil rumah kebajikan itu disempurnakan Pengurus Besar Yide Nir Mohd Razali Abdullah dan disaksikan ikon mahabbah Yide Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.


Pengarang :