Istana Alam Shah, Klang. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Istana: Istiadat angkat sumpah MB, EXCO Selangor pada 21 Ogos

SHAH ALAM, 18 OGOS: Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dato’ Menteri Besar dan barisan EXCO Selangor dijadual berlangsung Isnin depan.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj perkenan melangsungkan istiadat berkenaan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

“Adalah dimaklumkan bahawa, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah memberi perkenan untuk Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor diadakan pada hari Isnin bersamaan 21 Ogos di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 11 pagi.

“Sementara itu, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor juga akan berlangsung pada 21 Ogos di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 2 petang,” menurut kenyataan Istana Selangor di Facebook hari ini.

Dalam pilihan raya negeri 12 Ogos lalu, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional negeri berjaya mengekalkan pentadbiran dengan memenangi 34 daripada 56 kerusi.


Pengarang :