Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah sempena hari bersama perlangan PKNS di Dewan Teratai MBSA seksyen 19,Shah Alam pada 19 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang beli barang dapur murah di DUN Sementa, Sentosa esok

SHAH ALAM, 2 OKT: Orang ramai terus berpeluang mendapatkan barangan asas pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tiga lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Program akan diadakan di Balai MPKK Kampung Kapar (Dewan Undangan Negeri Sementa), Jalan Dato’ Abd Hamid 4 di hadapan Masjid Al Barakah (DUN Sentosa) dan JMB Pangsapuri Andorra (DUN Kota Kemuning).

Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER di seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau imbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :