Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan kuliah umum ketika Program Syarahan Perdana Kosmopolitan Nusantara di Universitas Paramardina, Jakarta pada 25 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Program Sehat bukti negeri cakna isu kesihatan mental

SHAH ALAM, 10 OKT: Program Selangor Mental Sihat (Sehat) yang diperkenal Ogos tahun lalu membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap isu kesihatan mental.

Dato’ Menteri Besar memaklumkan program untuk menilai kesihatan mental itu menawarkan khidmat saringan awal, talian bantuan dan subsidi rawatan psikiatri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia termasuk pembangunan modul serta latihan kaunselor dan khidmat pakar yang boleh diakses menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

“Kerajaan Negeri Selangor sentiasa cakna terhadap isu berkaitan kesihatan mental. Ayuh tingkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat kita,” tulisnya di X.

Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor Siti Kamariah Ahmad Subki (kanan) melancarkan talian khas aduan keganasan rumah tangga SELamat di Perbadanan Perpustakan Awam Selangor, Shah Alam pada 22 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pada 30 Ogos tahun lalu, Kerajaan Negeri melancarkan Sehat dengan peruntukan RM500,000 bagi menangani isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan sejak pandemik Covic-19 melanda.

Program itu membolehkan pengguna mengetahui tahap kesihatan mental menerusi saringan awal ‘skala tekanan’ dan ‘pemeriksaan risiko’ secara kendiri.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang disambut hari ini dengan tema ‘Mental Health is a Universal Human Right’.

“Hari kesihatan mental sedunia meraikan hak setiap insan untuk mempunyai kesihatan mental yang baik. Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023,” katanya.


Pengarang :