AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pencemaran bau: Pemulihan bekalan air capai 67 peratus takat 6 pagi

SHAH ALAM, 11 OKT: Pemulihan bekalan air susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang capai 67 peratus setakat jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyarankan pengguna yang sudah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” katanya menerusi Facebook.

Menurut agensi, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam esok.

Air Selangor semalam memaklumkan empat LRA berkenaan terpaksa dihenti tugas susulan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata insiden di muka sauk LRA Rantau Panjang pada 11.15 malam itu mungkin disebabkan faktor kuantiti minyak yang minima dan bersifat sementara masuk ke Sungai Selangor.

Sehubungan itu, perkembangan berkaitan insiden pencemaran itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Berikut senarai kawasan-kawasan yang belum pulih:


Pengarang :