EXCO Perumahan Borhan Aman Shah mengagihkan soto palembang percuma kepada pengunjung ketika Program Fiesta Warisan Bandar Diraja Klang 2023 di Stadium Kota Raja Klang pada 25 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Pesta warisan Bandar Klang disambut meriah, lebih 500 orang hadir

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

KLANG,25 NOV: Lebih 500 pengunjung memeriahkan Pesta Warisan Bandar Diraja Klang 2023 anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Stadium Kota Raja di sini, hari ini.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata pesta warisan mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu bertujuan memperkenalkan sejarah, warisan serta kebudayaan masyarakat Klang sebagai produk pelancongan.

“Ia selaras dengan hasrat dan peranan MPK untuk merealisasikan Klang sebagai sebuah bandar raya yang memiliki daya tarikan sejarah dan warisan sesuai dengan gelaran Klang Bandar Diraja.

“Apa yang lebih menarik, pesta ini dapat meningkatkan kesedaran generasi muda kepada adat resam dan keunikan kaum agar ia dapat diwarisi seterusnya tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Perasmian Fiesta Warisan MPK 2023 disempurnakam EXCO kebudayaan Borhan Aman Shah.

Program berlangsung dua hari itu menyaksikan pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya pesta makanan tradisional, pertandingan sukan tradisional, pameran pelancongan,persembahan tarian kebudayaan dan pameran seni kraf.


Pengarang :