Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Kampung Jambu, Kajang pada 23 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

500 ayam, 300 kampit beras habis dua jam di jualan murah DUN Balakong

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KAJANG, 23 DIS: Pengunjung jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong berpeluang membeli ayam potong (campur) seberat 1.5 kilogram pada harga RM10.

Penyelaras jualannya Mohamad Nazif Zulkilfle berkata pihaknya menyediakan 150 pek ayam potong dan 350 ekor ayam bulat pada harga sama.

“500 ekor ayam potong dan ayam bulat habis dijual dalam tempoh dua jam menerusi jualan kali ini.

Penyelaras Jualan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Mohamad Nazif Zulkifle. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Selain ayam PKPS membawa 300 telur serta beras. Ketiga-tiga barangan ini terutama ayam antara tumpuan berikutan harga murah berbanding pasaran,” katanya ditemui pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Balakong hari ini.

Beliau berkata sambutan pengunjung JER meriah walaupun dijalankan pada musim perayaan dan cuti sekolah.

“Seawal 8 pagi, pengunjung sudah beratur dan kami memulakan operasi jualan awal hari ini bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.

Pada JER DUN Balakong kali ini, 600 naskhah Selangorkini diedarkan kepada pengunjung oleh pasukan edaran Selangorkini (PromoSEL), Salehudin Safie.

Salehudin Safie dari Promosel (kiri) mengedarkan akhbar Selangorkini kepada orang ramai sempena program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Kampung Jambu, Kajang pada 23 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Jualan murah kendalian PKPS menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Pada 22 September, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Kampung Jambu, Kajang pada 23 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 susulan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Petugas Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengangkat ayam pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Kampung Jambu, Kajang pada 23 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Kampung Jambu, Kajang pada 23 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 


Pengarang :