AGENDANASIONAL

Kuala Selangor, Klang antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 5 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat hingga 8 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Melaka, Johor serta Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :