Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita premis beroperasi tanpa lesen di sekitar Pelabuhan Klang pada 24 Disember 2023. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

MPK kompaun premis di Pelabuhan Klang beroperasi tanpa lesen

SHAH ALAM, 26 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 13 kompaun terhadap premis beroperasi tanpa lesen di sekitar Pelabuhan Klang.

MPK menerusi Facebook memaklumkan dua notis arahan memberhenti operasi serta-merta juga ditampal di pintu utama premis terbabit dalam satu operasi Sabtu lalu.

“Pemeriksaan melibatkan 26 premis dan daripada jumlah itu hanya tujuh mempunyai lesen perniagaan dan iklan yang sah daripada MPK manakala 15 premis beroperasi tanpa lesen,” tulisnya.

Operasi dijalankan di sekitar Lingkaran Sultan Hishamuddin, kawasan Selat Klang dan Tanjung Harapan.

Ia disertai Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Pejabat Tanah dan Daerah Klang, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bangunan dan Team Pantas.


Pengarang :