Orang ramai membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Seri Serdang di Jalan LEP, Subang Jaya pada 23 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang dapatkan barangan dapur murah di tiga lokasi hari ini

SHAH ALAM, 14 DIS: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas murah di tiga lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) hari ini.

Bermula 10 pagi, jualan murah diadakan Dewan Orang Ramai Kampung Delek (DUN Selat Klang), Dataran Kiosk Masjid Sirajuddin Al-Annuar Kampung Batu Belah (DUN Bandar Baru Klang) dan Taman Pendamar Indah 2 (Dun Sentosa).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Pada 22 September, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih pada setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :