Orang ramai mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi dalam Sistem Pengkalan Data Utama (Padu) di kaunter yang disediakan Pejabat Operasi Negeri Jabatan Perangkaan Malaysia Selangor ketika tinjauan di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 4 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

DOSM buka kaunter bergerak, bantu orang ramai daftar sistem Padu

SHAH ALAM, 12 JAN: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Selangor membuka kaunter bergerak di Klang dan Kuala Selangor bagi memudahkan orang ramai mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (Padu).

Menurut DOSM Selangor, orang ramai hanya perlu membawa telefon bimbit, kad pengenalan, salinan kad pengenalan ahli isi rumah, dan maklumat akaun bank bagi individu berumur 18 tahun ke atas dalam isi rumah.

“Kedatangan semua penduduk, khususnya warga Klang dan Kuala Selangor yang berada berdekatan adalah dialu-alukan.

“Anda juga boleh mendaftar terus secara atas talian di laman web rasmi https://www.padu.gov.my/,” katanya menerusi Facebook.

Berikut senarai kaunter bergerak DOSM di Klang:

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kota Raja Klang
2-14 Januari 2024

Dewan Tok Muda, Kapar
12-14 Januari 2024

Masjid Badariah Kampung Batu 12, Kapar
13 Januari 2024 (2-5 petang)

Balai MPKK Teluk Nipah, Pulau Indah
15-17 Januari 2024

Pejabat Penghulu Rantau Panjang
15-18 Januari 2024

Pejabat Daerah dan Tanah Klang
15-31 Januari 2024

Balai MPKK Perigi Nanas, Pulau Indah
18-21 Januari 2024

Dewan Terbuka Bukit Kapar
22-24 Januari 2024

Lotus Bukit Tinggi
25-31 Januari 2024

Berikut senarai kaunter bergerak DOSM di Kuala Selangor:

PEDi Felda Bukit Cherakah
15,16,19,20 Januari 2024

PEDi Kampung Batu 19, Jeram
15,16,19,20 Januari 2024

PEDi Taman Saujana Utama
17 dan 18 Januari 2024

PEDi Pekan Ijok
17 dan 18 Januari 2024

PEDi Taman Seri Cahaya
17 dan 18 Januari 2024

PEDi Sungai Sireh
19 dan 20 Januari 2024


Pengarang :