EXCO Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Najwan Halimi berucap ketika majlis perasmian Pameran Beyond by Bold di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur pada 10 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri anjur simposium industri kreatif April depan

SHAH ALAM, 10 FEB: Simposium Industri Kreatif membabitkan penggiat seni dan usahawan akan dianjurkan April depan.

EXCO ekonomi kreatif berkata simposium itu bertujuan mendapatkan cadangan dan mendengar pandangan pemegang taruh dan pemain industri berhubung keperluan mereka.

“Ini kerana kita tiada perhubungan yang begitu teratur selain perbincangan terperinci bersama golongan ini. Oleh itu, kita akan mulakan dengan perbincangan untuk mendapatkan maklum balas.

“Menerusi simposium ini, Kerajaan Negeri boleh lihat apa bidang dan keperluan yang boleh dibantu untuk penggiat industri kreatif,” kata Mohd Najwan Halimi ketika hubungi.

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi memperkasa industri ekonomi kreatif di Selangor.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, peruntukan itu bagi memacu ekonomi kreatif dan menambah nilai kepada penggiat industri yang semakin luas seperti seni reka bentuk, pereka fesyen, karyawan, pemuzik, dan bidang berkaitan.

Katanya, dengan usaha itu akan mengembangkan peluang meningkatkan nilai seni budaya dan warisan budaya supaya kekuatan negeri ini yang mempunyai pelbagai budaya dapat dijadikan nilai unik seterusnya menjadi tarikan di rantau Asia Tenggara.


Pengarang :