Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Bandar Baru Klang di Jalan Tepi Sungai pada 5 Februari 2024. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah di Meru, Tanjung Sepat, Paya Jaras 13 Februari ini

SHAH ALAM, 10 FEB: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lokasi pada 13 Februari ini.

Agensi itu memaklumkan tiga lokasi itu ialah di Surau Mujahirin Jalan Nenas (DUN Meru); Dewan Orang Ramai Kampung Orang Asli Bukit Bangkong (DUN Tanjung Sepat) dan Gelanggang Bola Keranjang BRP7 Bukit Rahman Putra (DUN Paya Jaras).

Jualan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu bermula dari 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER berehat tiga hari bermula 10 Februari sempena Tahun Baharu Cina dan kembali beroperasi pada 13 Februari.

Orang ramai berpeluang mendapatkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Tahun lalu PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 daripada Malaysia Book of Records (MBOR) berikutan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :