AGENDANASIONAL

Kes bunuh Kevin Morais, hukuman gantung sampai mati enam lelaki kekal

SHAH ALAM, 14 MAC: Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan hukuman gantung sampai mati enam lelaki kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, sembilan tahun lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin sebulat suara memutuskan keputusan itu, lapor Berita Harian.

Lelaki itu, bekas pakar patologi Kolonel Dr R Kunaseegaran, 61; pemberi pinjaman wang S Ravi Chandran, 53 dan empat penganggur R Dinishwaran, 32; A K Thinesh Kumar, 31; M Vishwanath, 34; serta S Nimalan, 31.

Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi mengenakan hukuman mati terhadap semua lelaki berkenaan yang didapati bersalah membunuh Kevin Morais di sebuah lokasi sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya.

Mendiang, 55, dibunuh antara jam 7 pagi hingga 8 malam pada 4 September 2015. Mayatnya ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 September tahun sama.


Pengarang :