Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Kampung Jambu, Kajang pada 23 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kunjungi jualan barangan dapur murah di enam lokasi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 15 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjual barangan asas pada harga murah diteruskan ke enam lagi lokasi pada Sabtu dan Ahad ini.

Jualan yang bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari diadakan di Surau Haji Mansor (Sungai Burong), Pekarangan SJKC Serdang Baru 2 (Seri Serdang) dan Jalan 11, Selayang Baru (Taman Templer) pada Sabtu.

Manakala, pada Ahad JER diadakan di Taman Sri Bayu (Lembah Jaya), Apartment Cempaka 17 (Bandar Baru Klang), Dewan Serbaguna Kerling (Kuala Kubu Bharu).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Tahun lalu PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 daripada Malaysia Book of Records (MBOR) berikutan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :