EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin bercakap kepada media selepas majlis perasmian Pusat Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 14 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Bandar Utama agih lembu, kambing untuk masjid, surau komuniti B40

PETALING JAYA, 14 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama mengagihkan lembu dan kambing kepada masjid serta surau menjelang Aidilfitri nanti.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata sumbangan kepada masjid serta surau itu dilakukan setiap tahun mengikut sistem penggiliran.

“Kita peruntukan lembu dan kambing kepada masjid dan surau yang komunitinya berpendapatan rendah (B40) mengikut sistem penggiliran.

“Bagi Ramadan pula, kita akan meneruskan mengedar bubur lambuk kepada rakyat yang dilaksana setiap tahun,” katanya ketika ditemui semalam.

Terdahulu, Jamaliah merasmikan Pusat Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di sini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya turut menyediakan peruntukan untuk membaiki masjid dan surau.

“Sebenarnya, peruntukan ini sentiasa diagihkan walaupun di luar Ramadan dan masih diteruskan sehingga kini.

“Jika ada permohonan pada waktu Ramadan yang memerlukan segera kita akan agihkan kepada masjid dan surau berkenaan,” katanya.


Pengarang :