PBTSELANGOR

MPKS tawar tapak bazar raya serendah RM100, terhad 60 penjaja

SHAH ALAM, 21 MAC: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan tapak niaga bazar raya serendah RM100 terhad kepada 60 penjaja.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan Bazar Raya Rumpun Selangor di Parkir Terminal Bas Bandar Malawati berlangsung selama lapan hari mulai 1 hingga 8 April

“Anda peniaga pakaian, aksesori dan kuih raya untuk sambutan Aidilfitri? Anda yang kami mahu untuk menyertai Bazar Raya Rumpun Selangor 2024.

“Ruang niaga terhad kepada 60 penjaja dan bayaran hanya RM100,” maklum MPKS menerusi Facebook.

Permohanan boleh dibuat secara dalam talian sejak 19 Mac di pautan ip3ks.mpks.gov.my dan sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 011-3347 7034.


Pengarang :