Orang ramai mendaftar Pangkalan Data Utama (Padu) pada sesi townhall berkenaan Padu di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 23 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Peluang terakhir kemas kini Padu di kaunter fizikal seluruh negeri

SHAH ALAM, 31 MAC: Orang ramai dipelawa mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (Padu) di kaunter fizikal pada hari terakhir pendaftaran hari ini.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Selangor memaklumkan hampir 30 kaunter fizikal dibuka mulai 9 pagi hingga 4 petang melibatkan sembilan daerah.

“Jom warga Selangor serbu kaunter Padu berdekatan anda,” menurut kenyataan DOSM Selangor menerusi Facebook.

Individu berumur 18 tahun ke atas terutama ketua isi rumah disaran mendaftar segera dengan sistem Padu bagi mengelak tercicir bantuan atau subsidi bersasar.

Senarai kaunter dan tarikh pembukaan Padu mengikut daerah:

Gombak

  • Lotus’s Rawang (9 pagi – 4 petang) 
  • Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Wangsa Permai dan Desa Satu, Kepong
  • Dewan SJK (C) Kundang (9 pagi – 3 petang)

Hulu Langat

  • Nadi Dato’ Ahmad Razali
  • Surau Al-Hilal Pandan Indah

Hulu Selangor

  • Nadi /Pusat Ekonomi Digital (Pedi) Pekan Kuala Kubu Bharu
  • Lotus’s Bukit Beruntung (9 pagi – 4 petang)
  • Econsave Batang Kali (9 pagi – 4 petang)

Kuala Selangor

  • Nadi Pekan Ijok (8 pagi-4 petang)
  • Nadi Kampung Batu 19, Jeram (8 pagi-4 petang) 
  • Nadi Taman Saujana Utama (8 pagi-4 petang) 
  • Nadi Taman Seri Cahaya (8 pagi-4 petang) 
  • Nadi Felda Bukit Cherakah (8 pagi-4 petang)
  • Nadi Sungai Sireh (8 pagi-4 petang)

Sabak Bernam

  • Nadi (Pedi) Kampung Baru Sentosa 
  • Nadi (Pedi) Pasir Panjang
  • Nadi (Pedi) Kampung Tengah Peket 100
  • Nadi (Pedi) Kampung Sungai Leman
  • Tokong Thean Hok Kion (bersebelahan Dewan SJKC Yoke Huan, Sekinchan) 

Klang

  • Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong 
  • Nadi Kota Raja
  • Dewan Orang Ramai, Kampung Sungai Pelek

Petaling

  • UTC Shah Alam
  • Giant Seri Kembangan
  • Giant Kota Damansara

Sepang

  • Nadi Taman Tenteram

Kuala Langat

  • Nadi Kampung Kundang
  • Dewan Orang Ramai Sungai Manggis

Sebelum ini, Ketua Pengarah DOSM Selangor Hartini Yaacob berkata kemas kini maklumat isi rumah itu penting bagi memudahkan penyaluran bantuan yang dirancang kerajaan pada masa depan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang http://www.padu.gov.my bermula 2 Januari sehingga 31 Mac yang dianggar mengambil masa kurang 10 minit.

Padu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu menjadi platform tunggal untuk meningkat kecekapan pengagihan subsidi serta bantuan kepada rakyat yang layak.


Pengarang :