BUDAYARENCANA

Air Mata

tak pernah kutahu
rupanya masih bersisa
dalam tubuhku

ini air mata
selayak bayi

aku cuba menakungnya
titis pertama itu
sekecil embun

Tuhan, rupanya
seberat inikah?

sekali bergolek
seribu kerlip pun
tak terundur lagi.

Khoo Phau Liang


Pengarang :