Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacau bubur lambuk ketika hadir pada Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Tahun 2024 dan Penyampaian Sumbangan Rahmah Parlimen Tambun di Dewan Orang Ramai Taman Meru pada 25 Mac 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM rasmi program masak bubur lambuk, agih bantuan makanan

IPOH, 25 MAC: Sebanyak 10,000 bekas bubur lambuk diedar kepada penduduk di sekitar Parlimen Tambun pada Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan 2024 dan Penyampaian Sumbangan Rahmah Parlimen Tambun di Dewan Orang Taman Taman Meru di sini hari ini.

Program dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pada program itu, sebanyak 450 peserta terdiri daripada 20 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Tambun, 10 agensi dan pertubuhan bukan kerajaan mengambil bahagian memasak 30 periuk bubur lambuk.

Selain memasak bubur lambuk, sebanyak 150 Kotak Rahmah turut disumbangkan kepada penerima sasaran.

Perdana Menteri sempat meluangkan masa menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbolik perasmian dan menyerahkan Kotak Rahmah dan kerusi roda kepada beberapa penerima memerlukan.

-BERNAMA


Pengarang :