Pengurus Bahagian Korporat Perbadanan Wakaf Selangor Muhammad Hafiz Bahari (kanan) menyerahkan cer cura sumbangan wakaf fisabilillah kepada wakil Masjid Jamiul Ehsani, Kampung Sijangkang pada 21 Mac 2024. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor
AGENSISELANGOR

PWS serah wakaf hampir RM8,000 bantu Masjid Jamiul Ehsani naik taraf ruang solat

SHAH ALAM, 22 MAC: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah kepada Masjid Jamiul Ehsani, Kampung Sijangkang, semalam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan dana wakaf RM7,878.31 bertujuan meringankan beban pengurusan masjid berkenaan untuk menaik taraf ruang solat utama.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah masjid dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf sehingga hari akhirat,” maklum PWS.

Terdahulu, serahan cek cura diserahkan oleh Pengurus Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafiz Bahari kepada wakil pengurusan masjid.

Dalam pada itu, PWS menyeru masyarakat melaksanakan wakaf tunai yang boleh dibuat menerusi dalam talian fpx.wakafselangor.gov.my atau infaqpay.my/go/wakafselangor


Pengarang :