Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan mengikuti program mengingati Lee Kee Hiong “Menegakkan Tekad Budaya” di Galeri Seni Sastera Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 6 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Calon Kerajaan Perpaduan tekad martabat seni, budaya

HULU SELANGOR, 7 MEI: Calon Kerajaan Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) bertekad meneruskan legasi Lee Kee Hiong memartabatkan kesenian dan kebudayaan di KKB.

Pang Sock Tao berkata beliau mahu menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mempromosikan kebudayaan serta kesenian yang memaparkan keunikan KKB.

“Saya akan memperjuangkan peruntukan bagi menganjurkan program menghimpunkan karyawan dan peminat seni dengan lebih kerap jika dipilih wakil rakyat.

Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao berucap ketika program mengingati Lee Kee Hiong “Menegakkan Tekad Budaya” di Galeri Seni Sastera Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 6 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Ia juga bagi menggalakkan aktiviti pelancongan untuk menarik kehadiran orang ramai ke bandar bersejarah ini sekali gus menjana ekonomi setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis mengingati Lee Kee Hiong di Perkarangan Galeri Seni Sastera, Kuala Kubu Bharu di sini malam tadi.

Sock Tao berkata, beliau mahu menarik minat anak muda terlibat dalam aktiviti kesenian dan kesusasteraan untuk melahirkan generasi yang menghargai dan mempelajari warisan seni budaya.

Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan mengikuti program mengingati Lee Kee Hiong “Menegakkan Tekad Budaya” di Galeri Seni Sastera Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 6 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Saya percaya platform sosial media perlu dimanfaatkan bagi melaksanakan promosi dan kempen melalui kerjasama dengan agensi negeri (Tourism Selangor) bagi menarik minat anak muda,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pilihan raya kecil DUN berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).

Kerusi DUN KKB kosong berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac selepas bergelut melawan barah beberapa tahun lalu.

Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB adalah PRK ketujuh diadakan selepas pilihan raya umum ke-15. Seramai 40,226 pengundi berdaftar di DUN tersebut termasuk polis dan tentera.

Pimpinan Kerajaan Perpaduan mendengar puisi ketika program mengingati Lee Kee Hiong “Menegakkan Tekad Budaya” di Galeri Seni Sastera Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 6 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :