Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao pada majlis pengumuman calon di Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Bharu pada 24 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Dua pusat undi awal dibuka 8 pagi, 863 polis, tentera tunai tanggungjawab

HULU SELANGOR, 7 MEI: Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia dan Rejimen Semboyan Divisyen ke-4 Infantri, dibuka serentak 8 pagi ini.

Proses pengundian awal itu melibatkan 625 anggota polis serta 238 anggota tentera dan pasangan yang akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu.

Kedua-dua pusat pengundian awal berkenaan akan ditutup 5 petang nanti.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (HARAPAN), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

DUN KKB memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan Sabtu ini.

– BERNAMA


Pengarang :