Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao bermain karom bersama penduduk ketika program Singgah Salam Temasya Jalanan di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 4 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Calon Perpaduan mahu jadikan ekopelancongan sumber ekonomi utama warga KKB

HULU SELANGOR, 4 MEI: Calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) berhasrat menjadikan sektor ekopelancongan sebagai sumber ekonomi utama penduduk.

Pang Sock Tao berkata beliau sudah merangka rancangan jangka masa panjang dan pendek menerusi manifestonya yang dilancar semalam, bagi merealisasikan hasrat itu.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao bercakap kepada media ketika program Singgah Salam Temasya Jalanan di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 4 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Saya ingin menjadikan ekopelancongan sebagai sumber ekonomi utama di KKB. Saya harap penduduk tempatan dapat ambil peluang dan jana pendapatan.

“Kita ada rancangan jangka masa pendek dan panjang untuk realisasikan hasrat ini. Antaranya saya juga mahu cipta produk istimewa yang ada unsur warisan dan kebudayaan KKB untuk dipasarkan,” katanya.

Terdahulu beliau melakukan walkabout di Bazar Warisan Temasya Jalanan di sini. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Lau Weng San.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao mengedarkan mengedarkan risalah profil beliau kepada peniaga ketika program Singgah Salam Temasya Jalanan di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 4 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dalam program itu, Sock Tao meluangkan masa bermesra dengan pengunjung dan mengedarkan risalah profil selain sempat menunjukkan kebolehan bermain karom.

Sock Tao menambah beliau berazam meneruskan usaha mendiang Lee Kee Hiong yang telah menaikkan nama KKB sebagai kawasan ekopelancongan khususnya kepada pencinta alam semulajadi.

“Saya berpuas hati dengan kehadiran pelancong yang ramai pada hujung minggu. Saya mahu meningkatkan lagi usaha mendiang sekali gus merancankan lagi aktiviti pelancongan di sini,” katanya.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao menunjukkan manifestonya pada Ceramah Mega Perpaduan PRK N.06 Kuala Kubu Baharu di Bandar Utama Batang Kali pada 03 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Semalam, Sock Tao membentangkan manifestonya yang mengandungi lima teras iaitu ekonomi, kemudahan awam, alam sekitar dan rekreasi, warisan dan budaya, serta kesejahteraan rakyat.

KKB disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco bawah kategori Garden City Heritage. Antara lokasi ekopelancongan yang menjadi tumpuan adalah di Bukit Kutu dan Sungai Chilling.

Bazar Warisan Temasya Jalanan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 4 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :