Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kuala Kubu Bharu, Semenyih, Sementa, Permatang lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 7 MEI: Jualan murah barangan asas menemui orang ramai di empat lokasi hari ini dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu diadakan di KRT Taman Klang Perdana (Sementa) dan Surau Nur Hidayah Taman Rasa Utama (Kuala Kubu Bharu).

Selain itu JER diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Tiram Setia (Permatang) dan gelanggang badminton lorong SG 2, Kampung Rinching Hilir (Semenyih).

Jualan murah itu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :