AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak antara daerah diramal hujan lebat hingga 3 petang

SHAH ALAM, 7 MEI: Amaran hujan lebat dikeluarkan melibatkan empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga 3 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran hujan lebat disertai angin kencang di seluruh Perlis dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

 


Pengarang :