Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuala Kubu Baharu di Masjid Al-Falah, Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor pada 8 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kuala Kubu Bharu, Banting antara empat lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 9 MEI: Jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di depan pusat khidmat DUN Banting di Taman Tayasan (Banting) dan sebelah balai raya Jalan Padang Tembak (Kuala Kubu Bharu).

Program sama turut berlangsung di pekarangan Dewan MBPJ Jalan 5/46 Flat Gasing Indah (Bukit Gasing) dan pekarangan tapak pertanian Batu 18 (Dusun Tua).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :