Orang ramai menikmati pelbagai juadah ketika Majlis Jamuan Aidilfitri Kampung Wira Damai di Kampung Wira Damai, Gombak pada 5 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Lebih 2,000 penduduk meriahkan jamuan raya Kampung Wira Damai

GOMBAK, 6 MEI: Lebih 2,000 penduduk memeriahkan jamuan aidilfitri peringkat Kampung Wira Damai di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri Sungai Tua di sini, malam tadi.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 6 Muhammad Husaini Mohd Yunos berkata majlis anjuran MPKK Wira Damai bertujuan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat semua peringkat umur kampung tersebut.

Ahli Majlis MPS Zon 6 Muhammad Husaini Mohd Yunos. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kampung Wira Damai yang terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua aktif melakukan pelbagai aktiviti antaranya majlis jamuan raya.;

“Penganjuran jamuan malam ini berjaya dan mendapat sambutan dari penduduk, tahniah saya ucapkan kepada penganjur.

“Kemeriahan jamuan ini menunjukkan tanda rakyat di Wira Damai menerima kepimpinan Dato’ Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Negeri DUN Sungai Tua dan Ahli Parlimen Gombak,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Penduduk yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti nasi minyak lauk masak merah, mee goreng, laksa, bihun goreng, nasi impit, laksa, sate, kuih muih, air panas dan air sejuk.

Pengerusi MPKK Wira Damai, Saifubbin Harun. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pada majlis sama, Pengerusi MPKK Wira Damai Saifubbin Harun berkata sambutan meriah dari penduduk ke jamuan ini menunjukkan hubungan antara komuniti akrab di bawah kepimpinan Dato’ Menteri Besar.

“Saya ingin merakam penghargaan buat Dato’ Seri Amirudin Shari yang memberi sokongan untuk menganjurkan jamuan.

“Tidak dilupakan buat pengurusan di lima buah surau di sini yang menyumbang dan bergotong-royong bersama penduduk menyediakan hidangan kepada pengunjung yang hadir,” katanya.

Pengarang :