Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) menyampaikan ucapan pada ceramah perpaduan anjuran Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Rumah Murah Padang Tembak pada 4 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Mahu tawan pengundi KKB dengan khidmat bakti, bukan raut wajah

HULU SELANGOR, 5 MEI: Calon Kerajaan Perpaduan mahu menawan hati pengundi di Kuala Kubu Bharu dengan memberi perkhidmatan terbaik bukan hanya berdasarkan raut wajah.

Bagi Pang Sock Tao, 31, fokus utamanya adalah menyampaikan mesej kepada rakyat dalam tempoh kempen kurang seminggu.

“Ada orang anggap saya comel molek… ada juga kembang gemuk tidak berapa cantik. Tetapi saya tidak mahu menarik penduduk dengan wajah kerana ia boleh berubah.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) menyampaikan ucapan pada ceramah perpaduan anjuran Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) yang diadakan di Rumah Murah Padang Tembak pada 4 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Saya nak sampaikan mesej pembangunan kepada rakyat di sini supaya lebih makmur. Sebab itu, saya harap penduduk keluar mengundi.

“Saya akan berkempen hingga saat akhir untuk sampaikan mesej utama Kerajaan Perpaduan yang mahu kerajaan stabil, pulihkan ekonomi dan bantu rakyat,” katanya pada ceramah perpaduan anjuran Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) selaku rakan Barisan Nasional (BN) dan MIC semalam.

Sementara itu, Presiden IPF Datuk T Loganathan berkata pihaknya menggerakkan barisan kepimpinan bersama ahli untuk bertemu dengan penduduk di Kuala Kubu Bharu.

“Ahli kita di sini lebih 700 orang dan kita teruskan kempen dari rumah ke rumah selain memperbanyakkan ceramah kelompok.

“Kehadiran calon semasa berkempen adalah kelebihan tetapi jika tiada kita tetap teruskan,” katanya.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) bergambar bersama pemimpin Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Rumah Murah Padang Tembak pada 4 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :