Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali (tengah) bersama Pengurus Kanan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Md Fazir Abdul Latif pada Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuala Kubu Baharu di Karnival Kepenggunaan KPDN Selangor yang diadakan di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu pada 4 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKPS sasar keluar 50 produk jenama Ehsan menjelang hujung tahun

HULU SELANGOR, 5 MEI: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menyasar mengeluarkan kira-kira 50 produk jenama Ehsan menjelang hujung tahun ini.

Pengurus kanan pemasarannya Md Fazir Abdul Latif berkata setakat ini terdapat 30 unit penyimpanan stok (SKU) termasuk barangan asas seperti tepung gandum, kordial, bihun, sos tomato, sos tiram, kaya pandan, kaya madu, sardin dan cili giling.

“Kita akan tambah dari semasa ke semasa. Menteri juga sudah arahkan (tambah SKU) supaya dapat memenuhi keperluan rakyat.

“Kita jangka sekurang-kurangnya 50 SKU hingga hujung tahun ini,” katanya ditemui selepas Karnival Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dan PKPS di sini semalam.

Sebelum ini PKPS mempelawa usahawan dan peniaga sekitar Selangor menjadi pengedar produk jenama Ehsan keluaran PKPS.

Katanya permohonan dibuka kepada peniaga persendirian dan koperasi berdaftar di Selangor.

Orang ramai mendapatkan barangan asas murah pada Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuala Kubu Baharu di Karnival Kepenggunaan KPDN Selangor yang diadakan di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu pada 4 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :