Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan yasin dan doa selamat buat Faisal Halim di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang pada 10 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Raja Muda sertai majlis bacaan yasin, doa selamat Faisal Halim

SEPANG, 10 MEI: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk Faisal Halim di Masjid Sultan Abdul Samad di sini, tengah hari ini.

Turut hadir mengiringi Tengku Amir Shah ialah EXCO Sukan Najwan Halimi dan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon.

Majlis doa selamat memohon kesihatan serta kesejahteraan penyerang Selangor FC itu dipimpin Imam Besar Masjid Negeri Muhammad Farhan Wijaya.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan yasin dan doa selamat buat Faisal Halim di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang pada 10 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Baginda kemudian mendengar bacaan khutbah bertajuk “Murabbi Insani Generasi Luhur Budi” yang disampaikan oleh Muhammad Farhan sebelum menunaikan solat Jumaat dipimpin Imam Masjid Negeri Abdul Karim Al Makki.

Ahad lalu, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Beliau disahkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas menjalani pembedahan pertama pada Ahad malam, selain pergerakan dan percakapannya turut terbatas.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon ketika majlis bacaan yasin dan doa selamat buat Faisal Halim di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang pada 10 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Orang ramai hadir majlis bacaan yasin dan doa selamat buat Faisal Halim di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang pada 10 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Pengarang :