Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Ramalan hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 9 malam

SHAH ALAM, 8 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai angin kencang turut diramal melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor,  Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :