LZS terima penghargaan khas QLASSIC 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima penghargaan khas Anugerah Kecemerlangan Sistem Penilaian Kualiti Hasil Kerja Binaan (QLASSIC) 2016 kategori agensi kerajaan, baru-baru ini.

Ia diadakan bersempena Hari QLASSIC anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

LZS CLASSIQMenurut laman rasmi LZS, penghargaan itu diberikan bagi mengiktiraf Zakat Selangor yang berjaya memperoleh markah melebihi 80 peratus dalam penilaian QLASSIC melalui projek pembinaan dan pengubahsuaian penempatan asnaf.

“Semoga dengan penghargaan diberikan ini menjadi suntikan motivasi buat Zakat Selangor untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan terutama kepada golongan asnaf di negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

Anugerah terbabit disampaikan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadilah Yusof kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.

-AA-


Pengarang :