Sebahagian peserta yang menyertai pertandingan Vintage Bicycle Fun Ride sempena Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 17 Julai 2022. Foto MPK
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPK: Pertandingan basikal klasik tarik minat 100 peserta muda

SHAH ALAM, 17 JULAI: Kira-kira 100 individu menyertai pertandingan Vintage Bicycle Fun Ride sempena Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Norfiza Mahfiz berkata peserta bukan hanya terdiri daripada golongan dewasa sebaliknya remaja turut sama terlibat mengayuh basikal klasik tersebut.

“Program Klang Hari Tanpa Kenderaan ini sudah memasuki minggu kedua penganjuran dan Alhamdulillah sambutan diterima amat memberangsangkan dan ramai yang menyertainya.

“Tujuan kita anjurkan program ini adalah untuk memupuk kesedaran orang awam menjaga kebersihan alam sekitar dan mengurangkan pembebasan gas karbon ke udara,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Sebahagian peserta yang menyertai pertandingan Vintage Bicycle Fun Ride sempena Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 17 Julai 2022. Foto MPK

Menurutnya, program itu akan diteruskan pada minggu ketiga setiap bulan dengan pelbagai tema menarik dan bersesuaian seperti Ogos memfokuskan kepada bulan kemerdekaan.

Program dengan kerjasama polis Klang Selatan turut menyediakan aktiviti menarik lain seperti demonstrasi T Baton, pertunjukan anjing pengesan, pameran seragam polis dan berkelah bersama keluarga polis.

Aktiviti lain antaranya persembahan pentas, ‘beam bike’, pertandingan kostum pakaian klasik, lawatan Galeri Diraja secara percuma dan pertandingan swafoto.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-3375 5555 atau sambungan 1606.


Pengarang :