Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah sempena Karnival Jualan Ehsan di Taman Perwira, Sijangkang, Kuala Langat pada 5 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah di DUN Paya Jaras, Tanjung Sepat hari ini dan esok

SHAH ALAM, 27 OGOS: Jualan murah barangan asas anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke dua lokasi hari ini dan esok.

PKPS memaklumkan Jualan Prihatin Rakyat diadakan di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras, pada Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Pada Ahad pula, inisitif Jualan Mega Merdeka diadakan mulai jam 9 pag hingga 2 petang di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat.

Pelbagai barangan asas dijual sempena Jualan Prihatin Rakyat antaranya ayam RM15 seekor, minyak masak (RM2.50 sekilogram), telur ayam gred B (RM12.50 sepapan), daging (RM36 per pek), sayur dan buah-buahan (harga dari ladang) serta ikan (RM10 per pek).

Manakala bagi Jualan Mega Merdeka pula, harga ayam dijual pada harga lebih murah iaitu RM13 seekor, minyak masak (RM0.50 sekilogram), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging (RM35 sekilogram), sayur dan buah-buahan (harga dari ladang) serta ikan (RM10 sekilogram).

Sejak Disember tahun lalu, PKPS menjalankan program jualan murah barangan asas bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.

Pada 25 Julai lalu, EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim memberitahu lebih 80,000 rakyat menerima manfaat melalui program berkenaan.

 


Pengarang :